SeindahSenyuman

SeindahSenyuman

Sunday, 3 November 2013

Usah Malu Berkata " Saya Tidak Tahu!!"

"Rasanya.... . "
"Mungkinlah... . "
"Aku agak... . "
"Jawapannya lebih kurang... . "

Kita suka mencipta minda tentang perkara yang kita tidak tahu. Perkara yang tidak pasti itulah yang sibuk kita mahu menjawabnya. Berat sangatkah hendak mengungkapkan kalimah "saya tidak tahu" ? Susahkah? Apabila kita diajukan soalan, kenapa bersungguh-sungguh sangat mahu menjawabnya juga?

"Jatuhlah saham aku. Budak-budak yang bertanya. "

"Eh, malulah aku! Nama sahaja ustaz. Tapi tidak tahu hendak jawab. "

Allahu Akbar. Status pula yang dijadikan alasan. Malulah, jatuh air mukalah, tidak ada maruahlah. Kita tahu atau tidak hukum menjawab sesuatu persoalan yang kita tidak tahu?
Firman Allah :

Kebenaran adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah 2: 147)


Perhatian : Di sini saya ingin menerangkan hukum sebenar ke atas seseorang yang sesedap hati memberikan hukum. Walaupun jawapan yang diberikan itu betul, tetap seseorang itu dihukum berdosa! Saya ulang sekali lagi, walaupun jawapan itu betul! Kenapa? Kerana dia telah menjawab soalan dalam keadaan waswas dan ragu-ragu! Sesungguhnya waswas dan ragu-ragu itu datangnya daripada syaitan. Lantas, berhati-hatilah kita dalam memberi hukum. Ringankan mulut kita untuk berkata 'Saya tidak tahu' jika benar kita dalam keraguan.


No comments: