ASSALAMUALAIKUM...
Firman Allah :
Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yg mereka sembunyikan & apa yg mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yg sombong & takbur. (An-Nahl 16: 23)
Kita semua ini berlagak. Suka menunjuk-nunjuk kepandaian diri. Allah minta kita cermin diri kita semula. Cermin siapa diri kita sebenarnya. Kita ini manusia yang tidak pernah terlepas daripada dosa. Namun ada yg mahu berlagak suci. Tidak lepas juga ada yg mahu berlagak 'gengster' di bumi Allah. Malahan bangga pula dngn dosa yg dilakukan!
Sekali Allah timpakan musibah, Allah mahu kita sedar siapa diri kita. Allah minta kita tundukkan kepala kita. Menadah tangan. Banyakkan menangis memohon keampunan kepada-Nya. Kita ini manusia lemah. Kamu & saya sememangnya memerlukan Allah. We are nothing without Allah.
Katakan pada diri. "MUSIBAH, KINI AKU MUHASABAH!"
No comments:
Post a Comment