SeindahSenyuman

SeindahSenyuman

Saturday 31 May 2014

Impianku..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur padaNya dengan nikmat bernafas yang selesa ini…
huh.. impian?? apa itu impian??
- impian itu adalah keinginan-keinginan positif untuk meraih sesuatu hal atau benda.
- impian itu adalah mimpi indah yang ada didalam fikiran kita yang ingin kita capai.- impian itu adalah sebuah destinasi yang ingin kita tuju yang akan membuat kita bahagia, riang.Huh, semua orang ada impian, ada impian yang buruk dan baik.

Dalam Al-Quran telah difirman dalam sebuah ayat : 

-Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)


Jadi, menceritakan tentang impian, ingin juga untuk diri ini melunaskan rasa syukur kerana diberikan akal dan iman untuk merancang masa depan diri sendiri. Baik, apa impian saya? Apa cita-cita saya?

Inilah persoalan yang sering ditanya dari kawan2 ngn guru2.

."Da besar nak jadi ape? "

agak susah nak jawab.. hehe... ok .. baiklah .. sebenarnya, saye da besar nak jadi pembantu perubatan...

"knape?"

sebabnya, saye ingin membri bantuan kepada orang-orang yg memrlukan... sebab sekarang bnyk penyakit-penyakit yg menyerang orang-orang...Alangkah indahnya klau cita-cita ni tercapai...

Impian seterusnya , yg selama ni mmg saye impikan .. iaitu pergi ke rumah anak-anak yatim... teringin sangat nak mlihat anak-anak kecil yg ada di sana.. nak bagi diorang semua gembira, seronok, happy walaupun hati ini sedih.. mesti seronok dpt tgok diorang semua happy.....Allah , seronoknye...in shaa Allah.. harap2 impian saye ni menjadi kenyataan ... Aminnn..

Impian terbesar ialah ingin dapat 11 A+ SPM 2014....aminn...Baiklah. Moga-moga kita sentiasa dalam iman yang sihat dan sejahtera. Wassalam.


Monday 9 December 2013

KERINDUAN...


Assalamualaikum to all readers...





Pernah tak hati terasa rindu dengan seseorang?
Terasa rindu sampai boleh menitis air mata
Rindu yang tidak boleh digambarkan
dan hanya boleh dilakarkan dengan bermadah

Ada suatu cerita...

Pada suatu hari, berlaku perbualan antara Abu Bakar As Siddiq dengan Rasullulah s.a.w dan ketika itu terdapat sahabat-sahabat yang lain bersama dengan mereka. Rasullulah s.a.w berkata kepada Abu Bakar As Siddiq:" wahai Abu Bakar, aku begitu merindui kepada saudara-saudaraku (ikhwan)." 

Jawab Abu Bakar:" wahai Rasullulah, bukankah kami ini adalah teman-temanmu ?"

Baginda s.a.w. pun menjawab:" Bukan , kamu adalah sahabat-sahabatku. ikhwan adalah mereka yang tetep beriman kepadaku walaupun mereka tidak pernah bertemu denganku, mereka mencintaiku lebih dari mencintai diri mereka sendiri walaupun tidak pernah bersua denganku."


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Friday 6 December 2013

JOM ZIKIR!!!

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful...
Assalamualaikum to all readers...


Wednesday 4 December 2013

Assalammualaikum..
bismillahhirrohmannirrohhim..
Allahhummasollia'la Muhammad,
waala alihi wasohbihi wassalam.


tengok gambar atas tu.. yeah! cuti! seronok sangat dapat pergi tanjung kat Muar..dapat melihat ciptaan Allah yang cantik...
tenang hati bila melihat keindahan-Nya...

macammana cuti sekolah korang?
best tak?
mestilah bestkan..

tahun depan aku mengahadapi peperiksaan SPM..
masa depan aku tu untuk di dunia..
In shaa Allah, aku akan buat yang terbaik untuk masa depan..
kepada kawan2 doakn saya mendapat keputusan yang TERBAIKKK...
OK....

Tuesday 19 November 2013

ALLAH sentiasa ada

Assalamualaikum....

Ada waktunya manusia tiada untuk kita. Tapi, ALLAH SWT sentiasa ada ketika susah & senang. Ada waktu, kita sendirian menghadapi semua yang mendatang. Tika itu, manusia lain termasuk ibu bapa, adik-beradik, sahabat karib, rakan & kenalan tidak tahu keadaan kita melainkan kita sendiri. Sedikit pun tidak. Hampir lemas, terkapai-kapai, terjerit-jerit dalam kesepian.
Semua itu ada waktunya kita lalui sendirian.

Lumrah manusia akn mncari tmpat untuk mngadu. Tapi, nama pun manusia, Tidak sepanjang masa boleh mndengar segala prgaduhan & keresahan yg bersarang di jiwa kita. Kerana mereka juga punya kehidupan sendiri, juga ada keresahan yg bersarang di hati. Kemampuan mereka ada batasnya.

AKHIRNYA, SIAPA YG KITA ADA??
==> ALLAH SWT SENTIASA ADA...


Friday 15 November 2013

Ya Allah, kenapa hati ini tidak tenang..rase macam ade benda nak terjadi.. Ya Allah... berikanlah ketenangan pada hati ini...Hati ini rindu sangat pada seorang insan yang sangat disayangi....Kak Ira.....Bile adik dapat jmpe akk...bile adik dpt dengar suara akk... :'( ...Rindu pada kata-kata semangat akk...sedih di hati ini xkn pernah hilang...adk sentiasa mrindui akk...sentiase menyayangi akk...