SeindahSenyuman

SeindahSenyuman

Monday 31 December 2012

muhasabah cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday 28 December 2012

Doa, Zikir Taubat





Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka Mu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Syarat Taubat Nasuha 

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yg wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan perbuatan dosa yg telah dilakukan.
  2. Kesal dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yg dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yg telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
  4. Jika dosa yg dilakukan berkaitan dngn org lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yg bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada org tersebut terutama terhadap kezaliman yg dilakukan kepadanya.


Semoga sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Aminn...


Thursday 27 December 2012

Kehebatan Doa



Assalamualaikum...
Sabda Rasulullah SAW : "Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat" (Ad-Dailami)

KEHEBATAN DOA....

Kali pertama bumi diciptakan , bumi slalu bergoyang, bergoncang & tidak berputar dngn stabil malah tidak berputarr pada paksinya...Pekara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT ;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?"
Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakn gnung-ganang." Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakn gnung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gnung-ganang, bumi pun diam kmudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakn bnde keras yg terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun brtanya lagi; 

"Ya Rabb, adakah yg lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. " Iaitu api, yg dngn panasnya dpt melelehkan besi."

"Adakah yg lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yg dpt memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yg lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin yg kerananye dpt membawa air kemana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yg lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air, dan angin)?" Malaikat betanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yg berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan...


Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!



Monday 24 December 2012

Membalas Kebaikan Manusia



Ketika seseorang berbuat baik kepada kita, maka kita juga harus berbuat baik pula dengannya.. Dan ketika kita ingin orang lain baik dengan kita, maka kita harus berbuat baik kepada orang lain...

"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)." (Ar-Rahman: 60)

Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar membalas kebaikan orang lain, sebagaimana sabdanya :

"Barangsiapa diperlakukan baik (oleh orang), hendaknya ia membalasnya. Apabila ia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaknya ia memujinya.. Jika ia memujinya , maka ia telah berterima kasih kepadanya; namun jika menyembunyikannya , beerti ia telah mengingkarinya... (HR.Bukhari)

Sunday 23 December 2012

KEIKHLASAN



Rasulullah SAW bersabda :

"Semua perbuatan tergantung niatnya, & (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin di gapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia niatkan." (HR. Bukhari)

Marilah kita jaga keikhlasan kita dalam setiap beramal hanya mengharap redha Allah SWT..

Semoga kita diberi rasa ikhlas dalam setiap beramal....


sekian, Assalamualaikum.....

Friday 21 December 2012

KETENANGAN HATI DAN JIWA



Assalamualaikum, ... Dari Wabishah bin ma'bad radhiAllahhu' anhu beliau berkata : Aku datang kepada Rasulullah SAW, kemudian beliau berkata : " kamu datang untuk bertanya tentang kebaikan ??" Aku menjawab : benar. Kemudian beliau bersabda ( ertinya) :

"Mintalah fatwa kepada hatimu..Kebaikan adalah apa saja yg menenangkan hati & jiwamu...Sedangkan dosa adalah apa yg menyebabkan hati bimbang & cemas meski banyak orang mengatakan bahawa hal tersebut merupakan kebaikan.. (HR.Ahmad)

Marilah kita berbuat kebaikan dan berkata jujur,, &semoga kita selalu diberi ketenangan dlm hati kita & dijauhkan dari keburukan...

Salam sayang....

Sunday 9 December 2012

Apa Itu Celik Mata??

Allah SWT mengurniakan setiap daripada kita sepasang mata fizikal. Kita juga mempunyai mata hati. Celik mata yang dimaksudkan adalah mata yang melihat kekuasaan Allah dan hikmah dalam apa juga suasana. Seseorang yang celik mata fizikal dan buta mata hati tidak akan merasai nikmat hidup yang seimbang. Seseorang yang celik mata hati akan melihat dengan lebih jauh nilai kehidupan.
Ramai yang terperangkap dengan melihat kelemahan orang lain dan persekitaran kita. Sedangkan apabila melihat cermin, tanyakan kepada diri kita, “adakah aku yang melihat atau yang dilihat?”
Penting bagi kita menguatkan kerohanian dan menajamkan penglihatan mata hati supaya dapat memberi makna  yang lebih indah dalam kehidupan.
 

Thursday 6 December 2012

Doaku Untukmu Sayang

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
Salam to all readers...

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku

Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)



Mestilah Berani Meneruskan Cabaran

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.



BY: Raedah... 

Selamat Membaca.. 

Wednesday 5 December 2012

Lupakan Masa Silam

  In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
   Salam To All Readers..


Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.
Sekian, Selamat Membaca & Selamat Beramal
Wassalam... =)