Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka Mu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yg wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
- Berazam dan bertekad untuk meninggalkan perbuatan dosa yg telah dilakukan.
- Kesal dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yg dibuat.
- Bersegera meninggalkan dosa yg telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
- Jika dosa yg dilakukan berkaitan dngn org lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yg bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada org tersebut terutama terhadap kezaliman yg dilakukan kepadanya.
Semoga sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Aminn...
No comments:
Post a Comment