SeindahSenyuman

SeindahSenyuman

Friday 14 June 2013

Kata-kata dari insan yang disayangi (Senyumlah)

Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Wahai anakku,
Janganlah membazirkan masa dalam kerisauan. Kerana sesungguhnya kerisauan tidak akan menghilangkan masalah di hari besok. Ia hanya menghilangkan ketenangan dan memadamkan senyumanmu pada hari ini.

Wahai anakku,
Mengapa engkau perlu risau jika masih ada yang boleh dilakukan? Lakukan apa yang patut supaya engkau tak risau dan percayalah pada Allah akan memberikan keputusan yang terbaik buatmu.






Wahai anakku,
Mengapa pula engkau perlu risau jika tiada apa lagi yang boleh dilakukan lagi? Hidup ini sememangnya ada hakikat yang perlu diterima walaupun pahit. Namun, yang pahit sekarang biasanya adalah ubat padamu di masa depan... itulah ajaibnya ciptaan Allah. Serahlah dirimu padaNya, jangan hambakan dirimu pada kerisauan.
Senyumlah pada masalah. Nescaya masalah akan senyum pada mu.


Wahai anakku,
Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.
Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah diriku padahnya.




Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilanga mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

SENYUMLAH... <3 p="">

No comments: