SeindahSenyuman

SeindahSenyuman

Tuesday 19 November 2013

ALLAH sentiasa ada

Assalamualaikum....

Ada waktunya manusia tiada untuk kita. Tapi, ALLAH SWT sentiasa ada ketika susah & senang. Ada waktu, kita sendirian menghadapi semua yang mendatang. Tika itu, manusia lain termasuk ibu bapa, adik-beradik, sahabat karib, rakan & kenalan tidak tahu keadaan kita melainkan kita sendiri. Sedikit pun tidak. Hampir lemas, terkapai-kapai, terjerit-jerit dalam kesepian.
Semua itu ada waktunya kita lalui sendirian.

Lumrah manusia akn mncari tmpat untuk mngadu. Tapi, nama pun manusia, Tidak sepanjang masa boleh mndengar segala prgaduhan & keresahan yg bersarang di jiwa kita. Kerana mereka juga punya kehidupan sendiri, juga ada keresahan yg bersarang di hati. Kemampuan mereka ada batasnya.

AKHIRNYA, SIAPA YG KITA ADA??
==> ALLAH SWT SENTIASA ADA...


Friday 15 November 2013

Ya Allah, kenapa hati ini tidak tenang..rase macam ade benda nak terjadi.. Ya Allah... berikanlah ketenangan pada hati ini...Hati ini rindu sangat pada seorang insan yang sangat disayangi....Kak Ira.....Bile adik dapat jmpe akk...bile adik dpt dengar suara akk... :'( ...Rindu pada kata-kata semangat akk...sedih di hati ini xkn pernah hilang...adk sentiasa mrindui akk...sentiase menyayangi akk...



Wednesday 13 November 2013

My Lovely Friend Syimah

 Assalamualaikum...
selamat hari lahir my dear..selamat menyambut hari kelahiranmu pada 13 November dngn iringan doa semoge Syimah yg disayangi dirahmati serta diberkati Allah hidupmu, dipnjngkn umur, hidup sihat walafiat, ditingkatkn amal soleh, iman & taqwa.. dimurahkn rezeki, dimakbulkn segala hajat, serta hidup bahagia & sejahtera di samping kluarga tersayang di dunia & di akhirat... amin... gud luck for spm next year... =) ♥





“..Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabatnya dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya…

Moga persahabatan yang dibina dengan BISMILLAH ini hanya berakhir dengan INNALILLAH...”

Persahabatan atau ukhuwah itu umpama seuntai tasbih. Ada permulaannya, namun tiada penghujungnya. Ukhuwah dicipta untuk mengingati-Nya, Berbahagia untuk meraih cinta-Nya dan ukhuwah juga sentiasa dijaga serta dipelihara agar tidak tersasar daripada landasan keredhaan-Nya.

Bila seseorang rindu dengan sahabatnya. Berdoalah kepada-Nya. Semoga Allah menyampaikan perasaan rindu itu kepada sahabat yang dirindui.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “ Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (HR Muslim) 


Sahabat, aku merinduimu kerana Allah. Semoga hijrah ini dapat mentarbiyah hati nurani kita untuk semakin cinta kepada-Nya. Kita bertemu dan berpisah kerana-Nya. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang beriman dan saling menyayangi kerana-Nya. Hanya doa sebagai pengubat rindu agar ukhuwah kita terus subur dengan benih-benih keimanan dan ketakwaan kepada Sang Pencipta kita iaitu Allah SWT. Tuhan Yang Maha Esa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah Az-Zukhruf 43:67)

Friday 8 November 2013

SENYUMLAH...

Assalamualaikum... 
SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan. 
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna. Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang. "SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah. 
SENYUM adalah jambatan persahabatan. 
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan. 
SENYUM harus ada ketululusan. 
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan.
SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia. 
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. 
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita. 
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita. 
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUM anda itu. 
 
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ William Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang" Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUM lah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUM lah. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat. Pujangga menyebut : "SENYUMAN" itu kelopak. Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.






SENYUM ITU SEDEKAH!!

Monday 4 November 2013

Jangan Mengeluh...

Assalamualaikum...

Kita jangan banyak mengeluh...Apabila timbul masalah, segera bertindak mncari jalan menyelesaian. Semestinya, Allah tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu yang tidak terdaya olehnya.

Firman Allah : 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Al-Baqarah 2: 286)


Jika benar caranya, cukup sabarnya, setiap masalah yang kita hadapi pasti dapat diselesaikan. Jangan lari daripada masalah! Semakin kita lari, semakin banyak masalah lain yang timbul, bertimpa-timpa. Apabila timbul masalah, hadapinya. Bertanya dengan orang yang lebih tahu tentang masalah itu. In shaa Allah, lambat atau cepat masalah itu akan selesai juga. Percayalah, kita pasti mampu hadapinya..

Sabar, cari solusi dan selesai!!

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah 1435M...Hari selasa ni tanggal 5 November sudah masuk bulan muharram, bulan dimana catatan amalan kita ditutup,, diserahkan kepada Allah dan diganti yang baru. Sebelum catatan amalan saya ditutup, saya nak minta maaf kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan & ukhti-ukhti yang mengenali diri ini .. jadi tolong maafkan ya.. "Barang siapa yang memperingatkan bulan muharram kepada saudara semuslimnya maka api neraka diharamkan menyentuhnya..semoga kite diberi kesempatan untuk bersama-bersama meraih keberkatan, kebahagiaan, kebaikan, kejayaan, dan kesihatan...Salam sayang..















Sunday 3 November 2013

Musibah, Kini Aku Muhasabah

ASSALAMUALAIKUM...



Sekaligus musibah yg menimpa itu menjadi sesuatu yg amat bermakna buat diri saya. Kita ini manusia sombong & bongkak di muka bumi Allah. Sekali Allah timpakan musibah, Dia minta kita tundukkan kepala. Merendah diri. Allah mahu beritahu kita bahawa bumi ini milik-Nya. Untuk apa kita meninggi diri sedangkan kita ini tidak punya apa-apa? 
Firman Allah :

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yg mereka sembunyikan & apa yg mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yg sombong & takbur. (An-Nahl 16: 23)


Kita semua ini berlagak. Suka menunjuk-nunjuk kepandaian diri. Allah minta kita cermin diri kita semula. Cermin siapa diri kita sebenarnya. Kita ini manusia yang tidak pernah terlepas daripada dosa. Namun ada yg mahu berlagak suci. Tidak lepas juga ada yg mahu berlagak 'gengster' di bumi Allah. Malahan bangga pula dngn dosa yg dilakukan!

Sekali Allah timpakan musibah, Allah mahu kita sedar siapa diri kita. Allah minta kita tundukkan kepala kita. Menadah tangan. Banyakkan menangis memohon keampunan kepada-Nya. Kita ini manusia lemah. Kamu & saya sememangnya memerlukan Allah. We are nothing without Allah.

Katakan pada diri. "MUSIBAH, KINI AKU MUHASABAH!"


Usah Malu Berkata " Saya Tidak Tahu!!"

"Rasanya.... . "
"Mungkinlah... . "
"Aku agak... . "
"Jawapannya lebih kurang... . "

Kita suka mencipta minda tentang perkara yang kita tidak tahu. Perkara yang tidak pasti itulah yang sibuk kita mahu menjawabnya. Berat sangatkah hendak mengungkapkan kalimah "saya tidak tahu" ? Susahkah? Apabila kita diajukan soalan, kenapa bersungguh-sungguh sangat mahu menjawabnya juga?

"Jatuhlah saham aku. Budak-budak yang bertanya. "

"Eh, malulah aku! Nama sahaja ustaz. Tapi tidak tahu hendak jawab. "

Allahu Akbar. Status pula yang dijadikan alasan. Malulah, jatuh air mukalah, tidak ada maruahlah. Kita tahu atau tidak hukum menjawab sesuatu persoalan yang kita tidak tahu?
Firman Allah :

Kebenaran adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah 2: 147)


Perhatian : Di sini saya ingin menerangkan hukum sebenar ke atas seseorang yang sesedap hati memberikan hukum. Walaupun jawapan yang diberikan itu betul, tetap seseorang itu dihukum berdosa! Saya ulang sekali lagi, walaupun jawapan itu betul! Kenapa? Kerana dia telah menjawab soalan dalam keadaan waswas dan ragu-ragu! Sesungguhnya waswas dan ragu-ragu itu datangnya daripada syaitan. Lantas, berhati-hatilah kita dalam memberi hukum. Ringankan mulut kita untuk berkata 'Saya tidak tahu' jika benar kita dalam keraguan.


Saturday 2 November 2013

Solla 'Alaikallah Imam Muda Najdi ( Zikir Terapi Selawat ) @imammudanajd...

http://www.youtube.com/v/1LKb1-uq90k?version=3&list=RD02y4GV07nyYcc&feature=share&autoplay=1&autohide=1&attribution_tag=xbms3yRzw9XStMo1IBusZw&showinfo=1

Allah Tuhan Maha Kaya

Assalamualaikum..


Di sini kita dapat lihat betapa Allah itu sangatlah Pemurah. Setiap perbuatan kita yg mengandungi ketaatan kpd Allah, akan beroleh pahala daripada-Nya. Allah Maha Kaya. Kekayaan-Nya tidak mungkin & tidak pernah tergugat oleh apa pun. Mari kita hayati hadis-hadis tntg pahala yg sangat masyhur.

Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah bersabda :

Sesiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka.


Rasulullah juga pernah bersabda :

Sesiapa memberi sesuatu kepada seseorang untuk berbuka puasa, maka dia akan memperoleh pahala sebesar orang yang berpuasa & tanpa mengurangi pahalanya sendiri sebagai orang yang berpuasa. (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Dari Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Sesiapa menanam pokok, kemudian pokok itu berbuah, sebagaimana banyaknya bilangan buah-buah yang dihasilkan, sebanyak itulah ganjaran (pahala) akan dituliskan bagi orang yang menanamnya. (Riwayat Ahmad)


Subhanallah! Allahu ya Ghani. Allah Tuhanku yang Maha Kaya. Allah Tuhanku yang tidak pernah berhenti mencurahkan pahala kepada hamba-hamba-Nya yang taat. Tunggu apa lagi, marilah sama-sama kita menambah amalan. Untuk siapa lagi pahala itu kalau bukan untuk kita. Kita bertuhankan Allah Yang Maha Kaya! Firman Allah :

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman & bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. (Al-Baqarah 2: 103)