Daripada Abu Hurairah r.a. , Rasulullah bersabda :
Sesiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikit pun pahala mereka.
Rasulullah juga pernah bersabda :
Sesiapa memberi sesuatu kepada seseorang untuk berbuka puasa, maka dia akan memperoleh pahala sebesar orang yang berpuasa & tanpa mengurangi pahalanya sendiri sebagai orang yang berpuasa. (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Dari Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Sesiapa menanam pokok, kemudian pokok itu berbuah, sebagaimana banyaknya bilangan buah-buah yang dihasilkan, sebanyak itulah ganjaran (pahala) akan dituliskan bagi orang yang menanamnya. (Riwayat Ahmad)
Subhanallah! Allahu ya Ghani. Allah Tuhanku yang Maha Kaya. Allah Tuhanku yang tidak pernah berhenti mencurahkan pahala kepada hamba-hamba-Nya yang taat. Tunggu apa lagi, marilah sama-sama kita menambah amalan. Untuk siapa lagi pahala itu kalau bukan untuk kita. Kita bertuhankan Allah Yang Maha Kaya! Firman Allah :
No comments:
Post a Comment